Honda City Vs Sang Kancil

June 9, 2010 · Filed Under Perancangan Perniagaan 

 

honda baru

Kereta Baru Meluaskan Perniagaan

 Salam, pembaca yang budiman.Kisah benar yang ingin dikongsi bersama anda , agak lama kawan saya yang saya kenali sejak 3 tahun lepas berada dalam dilema kerana setiap kali keluar dengan client beliau akan rasa serba salah kerana kadang-kadang client yang keluar dengannya adalah berpangkat Datuk dan kereta yang dimiliki olehnya hanyalah kereta kancil  yang mana sistem penghawa dingin pun sudah rosak dan bila perjalanan jauh untuk pulang ke kampung kereta tersebut akan mengalami masalah kepanasan yang melampau.  Pernah satu ketika kereta tersebut akan berbunyi-bunyi dan dimasuki air hujan tatkala hujan datang mencurah diwaktu petang semasa saya berada di dalam kereta tersebut. Perkara untuk menukar kereta sudah lama tergiang-giang dikepalanya kerana sudah banyak kedengaran suara-suara yang meminta beliau berbuat demikian. Ini kerana untuk memajukan lagi perniagaan ICT yang dijalankan olehnya,  memaksa beliau untuk keluar membuat pemasaran dan mencari projek-projek baru serta berjumpa dengan pelanggan. Oleh itu ia akan menuntut masa beliau untuk keluar makan bersama-sama invidu yang terlibat dalam penganugerahan projek selalunya beliaulah akan membayar bil tersebut. Cara perniagaan orang Cina yang sanggup menyewa kereta besar untuk keluar berjumpa dengan  pelanggan sering merasakan yang dirinya juga perlu mempunyai sebuah kereta yang sedemikian bagi mendapatkan projek-projek. sebuah kereta yang tidak mewah sangat tetapi kira okaylah.   Beliau mempunyai prinsip yang tidak suka berhutang namun kali ini beliau akan melanggar prinsip hidup yang dibuat oleh beliau sekian lama. Oleh itu , pada bulan Januari 2010 beliau telah memiliki sebuah kereta Honda City ( Second hand ) bagi mengantikan kereta Kancil yang telah banyak berjasa kepada beliau untuk mengangkut peralatan-peralatan komputer. Dalam hal ini kadang-kadang untuk kita perlu membuat perubahan untuk memajukan perniagaan yang kita jalankan. Tidak salah bagi saya untuk beliau menukar kereta baru bagi menunjukan kewibawaan beliau kepada client sekiranya beliau mampu.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Leave a Reply