Utamakan Yang Utama

March 29, 2010 · Filed Under Perancangan Perniagaan, Sistem Hartanah 

Salam, pembaca yang budiman.. huh!!! sejak dua minggu begitu banyak benda yang hendak dibuat, begitu sikit masa yang ada terasa cepat pula bumi mengelilingi matahari. Teringat masa kecil-kecil dulu, masa tu masih sekolah rendah lagi. Selalu main bola di padang sekolah yang berhadapan rumah pada waktu petang. Bila dah nak masuk waktu magrib sudah puas bermain bola dengan rakan-rakan sekampung terutamanya Yusof, Zulkifli dan Mukmin. Itu dulu berbeza dengan sekarang bila dah kerja terasa benar begitu cepat masa berlalu. Ini turut diakui Ummu Miqdad ( isteriku tersayang). Beberapa perkara masih  lagi tertangguh terutamanya dalam menyiapkan beberapa laman web dan blog ini.  Terdapat beberapa tempat yang perlu dikonfigurasikan. Beberapa laman web juga dalam proses untuk dicompletekan iaitu lama web KLStockPhoto, Uniqraft Works dan juga laman web Gbum Craft. Insyallah jika dibuat mengikut mana satu yang utama semua projek tersebut akan siap sebelum pertengahan tahun ini.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Leave a Reply