Hari yang penat untuk gbumcrafts.com
salam, pembaca yang budiman .. akhirnya saya berjaya juga memaparkan laman web gbumcrafts.com . Memandangkan sepanjang minggu ini untuk mencari masa yang sesuai amat susah dek utamakan kerja-kerja yang lain. Saiz laman ini juga dinaikan kepada 25mb kerana saiz hosting sebelum ini tidak muat untuk mengisi kandungan sistem sunshop iaitu sistem kedai online. Sebelum ini saya menggunakan sistem kedai online zencart. Namun sistem kali ini lebih mudah dan senang untuk diuruskan.
Sehari Di Parlimen
Salam pembaca yang budiman, pada 1.4.2010 sempena hari mengenakan orang iaitu April Fool saya berkesempatan berkunjung ke bangunan parlimen. Saya berpeluang untuk memasuki dewan rakyat untuk mendengar perbahasan dan pengulungan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat pada PRU-12 yang lepas. Paling seronok dan mengujakan anda dapat berselisih dengan Yang Berhormat dan Menteri-menteri hanya di bahu dewan saja. Selain dapat mendengar YB berbahas dan bertikam lidah sesama diaorang. Hinggakan terdapat du orang ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat yang diminta keluar Dewan Rakyat kerana tidak mengedahkan arahan daripada yang Dipertua Dewan.

